Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan mengambil inisiatif tertentu untuk membantu rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup tinggi. Beliau yang lebih mesra dikenali Ku Li berkata, jika tiada tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan, ia akan membebankan rakyat berikutan harga semua barangan keperluan di pasaran kini naik. “Justeru, kita mengharapkan kerajaan mengambil langkah tertentu membantu rakyat supaya dapat meredakan keadaan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1 (SMKTIP 1), di sini, hari ini. Pada masa sama, Tengku Razaleigh mahu kerajaan mencari jalan mengatasi masalah penurunan nilai ringgit yang secara tidak langsung menaikkan harga barang. “Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, kita tidak dapat menggalakkan pelabur dari luar untuk melabur. Disebabkan penurunan nilai ringgit, peluang pelaburan tiada selain peluang pekerjaan untuk rakyat juga terhad. “Kerajaan juga perlu ambil langkah berjimat cermat dalam semua perbelanjaan menerusi bajet yang dibenarkan tahun ini. Perkara yang perlu di beri perhatian adalah bidang kesihatan, pelajaran dan keselamatan kerana penting untuk rakyat dan negara. “Segala kos mengenai kerja-kerja pembinaan perlu diperhalusi supaya pemborosan dan ketirisan dapat dihentikan serta merta, selain mewujudkan jawatankuasa mengawasi segala kos perbelanjaan,” katanya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com