Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA SYOR AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEMUA PREMIS
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengucapkan takziah atas tragedi yang menimpa pelajar dan kakitangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur semalam. Sesungguhnya kejadian yang mengorbankn 24 nyawa sesuatu yang amat menyedihkan semua rakyat Malaysia dan kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.
Sementara punca kejadian masih dalam siasatan, aspek keselamatan pusat tersebut turut mendapat perhatian. Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri yang menasihatkan semua pusat sedemikian di seluruh negara harus mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia bersetuju dengan pandangan YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa aspek itu perlu diutamakan dan ia jelas dalam peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pendedahan bahawa sejak 2011, ada 31 kejadian seperti itu berlaku sesungguhnya sesuatu yang mengejutkan. Semua pihak perlu mematuhi piawaian keselamatan demi keselamatan pelajar dan tenaga pengajar tahfiz. Keselamatan pelajar dan tenaga pengajar harus menjadi keutamaan.
Dalam perkara ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berpandangan bahawa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga perlu memainkan bagi memastikan keselamatan. Pusat-pusat terbabit bukan sahaja membabitkan pelajar tetapi juga tenaga pengajar.
Kerajaan perlu mewajibkan kesemua premis tempat kerja diwajibkan mendaftar dengan DOSH dan mendapatkan khidmat nasihat dalam soal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Pihak berkuas perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan insiden dan tragedi yang sama berulang pada masa-masa akan datang.
Dalam kejadian terbaharu ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia tidak mahu mengambil kesempatan menuding jaring ke atas mana-mana pihak, tetapi kita harus menjadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran demi faedah bersama. Demi masa depan anak-anak kita dan pekerja, kita perlu mengkaji aspek penguatkuasaan, amalan dan pematuhan undang-undang.
Semua pihak termasuk pemilik bangunan juga dipertanggungjawabkan supaya aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa diberi perhatian dan diutamakan.
Kita ada undang-undang tetapi budaya pengamalan dan penguatkuasaan masih rendah dan sering menjadi bahan pertikaian.
Sudah tiba masanya kerja-kerja berciri dan berkonsepkan “Hijau” dan mesra alam sekitar diberi penekanan oleh semua pihak termasuk kerajaan.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia pernah mengesyorkan kepada Institut Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan (NIOSH) supaya program kesedaran mengenai aspek ini dimulakan di peringkat sekolah dan sejak peringkat kecil.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia juga berharap satu audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara bagi menyelamatkan nyawa pekerja dan orang ramai.
J. SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com