Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
2 Okt 2018 @ NUBE HOUSE, KUALA LUMPUR.
Perbincangan meja bulat diadakan hari ini dengan kerjasama Solidarity Centre dan difasilitasi oleh Penolong Setiausaha Pendidikan Sdra K Soma. Di antara peserta yang hadir termasuklah pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, perunding, peguam, pegawai IR dan pelajar.
Objektif perbincangan meja bulat ini ialah:
i. Untuk mendapatkan pendapat tentang pembaharuan yang perlu, berkaitan dengan undang-undang perburuhan.
i. Untuk menyusun strategi pembaharuan undang-undang di Malaysia
ii. Untuk meninjau semula Rancangan Konsistensi Perburuhan Malaysia – AS
iii. Pembentukan Kumpulan Kerja MTUC untuk Pindaan Perburuhan
Sdra David Welsh dari Solidarity Centre memberikan pengenalan ringkas mengenai Rancangan Konsistensi Perburuhan,
manakala Sdra K Soma memberi gambaran ringkas tentang inisiatif yang diambil oleh MTUC dalam Pindaan Undang Undang Perburuhan.
Para peserta telah mengambil bahagian secara aktif dengan memberikan input yang sangat membina dan perbincangan meja bulat yang amat memuaskan.
Kumpulan Kerja MTUC untuk Pindaan Undang Undang Perburuhan dibentuk untuk menyusun input dan merangka cadangan untuk proses yang perlu dicadangkan kepada kerajaan tidak lama lagi.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com