Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUANTAN, 5 Nov (Bernama) — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata peningkatan warga Bangladesh di Cameron Highlands adalah disebabkan tenaga kerja mereka diperlukan dalam sektor pertanian di kawasan berkenaan.
Beliau berkata pengusaha kebun sayur, buah-buahan dan bunga di pusat peranginan itu akan mengalami kerugian jika tenaga kerja asing tidak dibawa masuk kerana warga tempatan tidak mahu bekerja dalam sektor itu.
“Kita boleh tangkap semua pekerja asing di Cameron Highlands, tapi kita kena bersedia untuk kehilangan tenaga kerja di kawasan berkenaan dan kehilangan pendapatan negara bernilai berbilion ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di Kompleks Yayasan Pahang di sini Rabu.
Adnan mengulas mengenai laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Camron Highlands ‘ditawan’ oleh kira-kira 30,000 warga Bangladesh yang kini didakwa menguasai pelbagai aktiviti ekonomi di kawasan peranginan itu termasuk di kebun-kebun sayur dan berniaga di pasar malam.
Mengulas lanjut, Adnan berkata adalah tidak tepat dengan mendakwa warga Bangladesh seramai itu berada di Cameron Highlands kerana terdapat tenaga kerja asing lain termasuk warga Nepal, China, Vietnam dan pelarian Rohingya turut bekerja di situ.
Katanya, terdapat 7,528 hektar tanah di Cameron Highlands digunakan secara sah untuk pelbagai kegiatan tanaman seperti kebun teh, sayuran, bunga dan buah-buahan dengan setiap satu hektar memerlukan empat orang tenaga kerja.
“Jadi di mana kita mahu cari pekerja kira-kira 30,000 orang untuk bekerja di kebun-kebun tersebut.
“Kita juga sedang mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah ini, dan saya meminta pihak yang mempunyai cara lain untuk atasi masalah ini boleh kemukakan cadangan kepada kerajaan negeri.
“Ini sebab kerajaan negeri tiada kuasa untuk menahan warga asing, yang ada kuasa adalah kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Imigresen, hanya mereka yang boleh bertindak,” katanya.
— BERNAMA
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com