Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh Anjulie Ngan
Berapa orang wakil NGO berhimpun di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan penjelasan berhubung bayaran gaji minimum untuk tukang cuci dan pengawal keselamatan di sekolah.
Menurut Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), tinjauan yang dijalankan oleh mereka menunjukkan pekerja berkenaan hanya menerima bayaran RM650 sebulan.
Tinjauan itu dijalankan ke atas 16 buah sekolah dan 14 kontraktor.
“Jika kerajaan tidak dapat memastikan bahawa pekerja ini dibayar mengikut gaji minimum, bagaimana ia boleh mengawal pihak lain?
“Jagalah kementerian sendiri dan laksanakan cadangan gaji minimum RM900 sebulan,” kata setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.
Sementara itu, penyelaras unit pekerja JERIT, Sivaranjani Manikam memberitahu pemberita bahawa para pekerja berasa takut untuk tampil ke hadapan kerana bimbang dipecat oleh majikan mereka yang merupakan kontraktor kementerian.
NGO berkenaan turut mendakwa, caruman Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial pekerja berkenaan juga tidak dibayar.
Memorandum NGO terbabit diterima oleh ketua unit media kementerian tersebut, Ab Kahar Harun yang memberitahu pemberita bahawa mereka tiada bidang kuasa dalam menetapkan gaji pekerja berkenaan.
“Kita boleh tamatkan khidmat kontraktor terlibat, tetapi bukan kewajipan kami untuk memaksa kontraktor membayar gaji minimum.
“Ia bukan dalam bidang kuasa kami. Mereka (NGO) perlu tanya Kementerian Sumber Manusia,” tegasnya.
Bagaimanapun, Ab Kahar berkata invois yang dihantar menunjukkan bahawa mereka telahpun memindahkan dana ke setiap negeri, yang kemudiannya akan disalurkan ke sekolah.
“Tidak kiralah jika invois diundur tarikh. Selagi ada invois, gaji akan dibayar,” katanya yang menambah, kontraktor boleh membuat tuntutan dari kementerian jika terpaksa membuat bayaran tambahan.
Ab Kahar berkata, Ab Kahar berkata ia bukan tugas yang mudah untuk menemui setiap kontraktor kerana ia melibatkan lebih 45,000 syarikat di Malaysia.
Menurut NGO terbabit, kementerian telapun berjanji untuk menjalankan semakan menyeluruh ke atas 14 buah sekolah yang ditinjau oleh PSM dan JERIT menjelang akhir bulan ini.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com