Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KENYATAAN MEDIA
KENAIKAN HARGA BAHAN BAKAR (PETROLEUM) DAN GULA.
6HB DISEMBER 2010
Kerajaan memilih malam Jumaat lalu untuk menaikkan harga bahan bakar petroleum dan harga gula. Ini untuk memastikan bahawa berita kenaikan harga bahan-bahan keperluan asas ini tidak serta merta akan disambut oleh para wakil rakyat di Parlimen.
Kali ini kerajaan telah memilih cara ‘tembak curi’ tanpa banyak perbincangan dan memberi maklumat awal. Langkah kerajaan ini amat dikesali kerana keputusan diambil tanpa bertanyakan pendapat kesatuan sekerja, badan NGO , persatuan konsumer dan badan pengguna.
Terakhir dahulu pegumuman kenaikkan harga bahan bakar petrol dibuat ketika sidang Parlimen berhenti rehat. Amat jelas tarikh dan masa dipilih sebagai taktik pengolahan berita untuk memastikan berita ini akan tenggelam dan diharapkan orang ramai akan lalai dan tidak marah. Setelah diumumkan kenaikan harga ini para menteri yang bertanggung jawab dan menteri yang lain terus ‘padam’ tidak memberikan apa pandangan. Seolah-olah adanya arahan agar berita kenaikan harga barangan ini tidak dibincangkan secara meluas.
Satu pekara yang amat jelas ialah bagaimana berita kenaikkan bahan asas ini diolah untuk memperdaya pandangan orang ramai. Perkataan seperti – keseragaman harga, penyelarasan harga, penarikan subsidi, rasionalisasi harga – telah digunakan. Perkataan ‘naik harga ‘ terus tidak muncul dalam akhbar dan media.
Kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ianya bermakna gaji kaum pekerja menurun. Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun.
Harus disedari bahawa walau pun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petrolium tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik. Ini kerana bahan-bahan ini bukan tegak berdiri sendirian. Gula bersangkutan dengan minuman dan kueh mueh. Manakala minyak – satu bahan yang paling penting untuk pengangkutan – akan menjemput kenaikkan harga bahan bahan lain.
MTUC meminta agar pihak kerajaan yang berslogankan –“ Rakyat didahulukan” – akan menterjemahkan slogan ini dengan tepat. Tembak curi tidak selari dengan slogan –“ Rakyat didahulukan.”
SYED SHAHIR SYED MOHAMUD
PRESIDEN
KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com