Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SERDANG, 6 Dis (Bernama) — Kabinet memutuskan untuk mensyaratkan pekerja asing menjalani pemeriksaan saringan kesihatan secara berkala, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata mereka diwajibkan menjalani pemeriksaan itu sebaik tiba di Malaysia untuk wabak tuberculosis (tibi) atau batuk kering, hepatitis B, siflis, HIV/AIDS, malaria dan epilepsi.
“Cuma tiga hingga empat peratus pekerja sah yang terlepas daripada menjalani pemeriksaan itu tetapi 94 peratus warga asing perlu melalui prosedur itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Makan Buah dan Sayur di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.
Beliau melancarkan kempen itu bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (Maha 2016) yang sedang berlangsung.
“Cabaran timbul apabila pekerja warga asing memasuki negara ini secara haram dan ia merupakan masalah besar di Sabah khususnya tibi di kalangan mereka (warga asing),” kata Dr Subramaniam. – Bernama
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1309380
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com