Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Jalan Pintas Rawang sepanjang 9 kilometer (km) akan dibuka kepada pengguna mulai 6 pagi ini dan dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 30,000 pengguna setiap hari, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Katanya, jajaran baharu itu bakal mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan pengguna dari Serendah ke Selayang, terutamanya pada waktu puncak.
“Jika sebelum ini pengguna mengambil masa sehingga dua jam pada waktu puncak, kini mereka hanya memerlukan kurang daripada 30 minit untuk ke destinasi sama.
“Ia dijangka memanfaatkan kira-kira 30,000 pengguna setiap hari dan dapat mengurangkan 50 peratus kesesakan jalan raya sedia ada,” katanya ketika berucap merasmikan Jalan Pintas Rawang semalam.
Katanya, projek Jalan Pintas Rawang yang bernilai RM628 juta itu mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November lepas.
“Projek pembinaan yang melalui Taman Warisan Selangor itu melibatkan kawasan hutan yang telah dikurangkan daripada 65 hektar ke 24 hektar.
“Ia bagi memastikan kawasan rezab hutan kekal terpelihara terutamanya spesies haiwan hutan yang kian pupus,” kata Fadillah.
Katanya, keunikan Jalan Pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.
“Jambatan ini juga akan ‘membelah awan’ di waktu pagi terutamanya selepas hujan yang akan memberikan pengalaman menarik bagi pengguna,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Roslan Md Taha berkata, projek itu melibatkan jajaran baharu dua lorong dua hala dan struktur bertingkat 2.7km serta menaik taraf jalan persekutuan sepanjang 12.5km.
“Kaedah terbaru pembinaan turut diperkenalkan dalam projek pembinaan ini seperti penggunaan geogrid, hand dug cassio dan precast interlocking slab untuk perlindungan sungai serta perangkap lodak bagi mengawal kelodak pasir daripada memasuki sungai yang dapat membantu mengekalkan keadaan alam sekitar.
“Dengan penggunaan teknologi pembinaan itu dapat mengekalkan keindahan Hutan Lipur Kanching dan menggalakkan industri pelancongan,” katanya. – BERNAMA
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com