Berita
7 September 2020
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak harus tunduk dengan ugutan pemberhentian kerja oleh majikan apabila pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dikuatkuasakan. Perkara itu disuarakan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, yang berkata, alasan diberikan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berhubung perkara itu adalah cetek dan ia untuk menafikan hak asasi […]
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menolak rayuan majikan menangguhkan pelaksanaan piawaian baru bagi perumahan kerana langkah itu sama dengan mengeksploitasi pekerja demi keuntungan. Pindaan terhadap Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 berkuatkuasa 1 Sept lalu, tetapi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) antara lain mendakwa majikan akan dipaksa memberhentikan pekerja untuk mematuhi […]
PUTRAJAYA perlu menolak rayuan majikan untuk pelanjutan pelaksanaan undang-undang perumahan dan kemudahan pekerja baharu, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia. Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata sebab diberikan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) untuk melanjutkan pelaksanaan undang-undang yang sepatutnya berkuatkuasa 1 September adalah cetek dan kesinambungan tindakan majikan menafikan hak pekerja. Source : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271134
SHAH ALAM 7 Sept. – MTUC menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk tegas menolak sebarang cubaan para majikan menolak penguatkuasaan pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 mulai 1 September lalu. Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, alasan yang diberikan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) untuk penangguhan itu adalah amat cetek dan hanya […]
5 September 2020
1 September 2020
KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap agar cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menaikkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 akan dilaksanakan dengan cepat dan tiada alasan menangguhkannya. Setiausaha agungnya, J Solomon berkata cadangan itu tidak sewajarnya terhalang oleh satu lagi kajian yang mengambil masa lama sebelum pelaksanaannya kerana rakyat sedang menderita susulan kos sara hidup meningkat […]
31 Ogos 2020
PETALING JAYA: Persatuan pekerja terbesar negara menggesa pihak berkuasa supaya “menguatkuasakan segera” pindaan undang-undang berkaitan perumahan pekerja. Dalam satu kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, tempoh pelepasan 3 bulan yang diberikan oleh kerajaan bagi membolehkan majikan mematuhi pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 berakhir hari ini. “Kerajaan tidak harus tunduk […]
PUTRAJAYA digesa tidak melayan sebarang alasan majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), selepas tempoh tiga bulan diberikan, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata majikan telah diberi tempoh mencukupi yang berakhir hari ini, untuk memenuhi akta itu. Source : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/269862