16 Julai 2020
MENJELANG tarikh akhir moratorium bank, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon menggesa kerajaan membuat kenyataan yang jelas dan tegas mengenai lanjutan moratorium atau sebaliknya. Solomon meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membincangkan hal ini di Parlimen berhubung keputusan akhir kerajaan, bagi menamatkan ketidakpastian mengenainya. Source : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/261043
11 Julai 2020
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan meneliti semula paras gaji minimum di negara ini selaras dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) baru yang diumumkan semalam. “Berdasasarkan penetapan PGK baru kepada RM2,208, kerajaan kini perlu mengakui bahawa gaji minimum sebanyak RM1,100 hingga RM1,200 – khususnya di kawasan bandar – tidak lagi realistik atau sejajar dengan kos […]
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mengkaji semula paras gaji minimum dan menyelaraskannya sejajar gaji kehidupan wajar dicadangkan Bank Negara, susulan tindakan Putrajaya menyemak had pendapatan garis kemiskinan (PGK) nasional daripada RM980 kepada RM2,208 semalam. Setiausaha Agungnya, J Solomon menyambut baik semakan semula kadar kemiskinan 0.4% dibuat berdasarkan kaedah pengiraan lapuk […]