Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
TAIPING, 22 Mac (Bernama) — Kerajaan perlu lebih selektif serta mengenakan syarat lebih ketat terhadap aspek guna tenaga ketika memberi kelulusan pelaburan baharu dalam sektor pembuatan dan pas kerja untuk sektor perkhidmatan bagi mengurangkan kebanjiran pekerja asing. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah pelaburan asing di negara ini hendaklah diluluskan berasaskan kepentingan negara dan pekerjaan […]
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Dakwaan bahawa pekerja asing di negara ini mencecah 5.5 juta adalah tidak benar, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN). KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu berdasarkan rekod Jabatan Imigresen sehingga 31 Jan tahun ini, sebanyak 2.08 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih sah dan […]
PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan pekerja yang bersetuju untuk mengurangkan 3 peratus daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mengisi borang khas. Pemangku Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata peraturan yang mensyaratkan pekerja yang mahu mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus perlu mengisi borang KWSP17A (Khas2016) adalah menyulitkan […]
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Jumlah wang yang dihantar balik oleh pekerja asing ke negara asal mereka meningkat 23.2 peratus kepada RM34.75 bilion setakat 31 Dis 2015, kata Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani. Pada 2014, sejumlah RM28.21 bilion wang dikirimkan ke luar negara. “Berdasarkan rekod, destinasi utama kiriman wang ke luar […]
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) tidak dapat menerima sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membawa masuk 1.5juta pekerja asing dari Bangladesh. Pekerja-pekerja ini yang sebelum ini diserapkan dalam sektor perladangan kini boleh diserapkan dalam sektor-sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Apakah akan terjadi kepada pekerja-pekerja tempatan yang separa mahir di Malaysia dengan tindakan ini? […]
OLEH MELATI A. JALIL Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pekerja asing di Malaysia dengan menghantar pulang mereka yang berlebihan dan tidak diperlukan dan bukannya mengenakan levi yang lebih tinggi untuk mengelakkan pergantungan kepada buruh asing, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF). Pengarah Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata, antara mereka yang perlu awal-awal dihantar pulang ialah pekerja yang […]
PETALING JAYA: Syarikat di negara ini sudah pun dibebani dengan kemelesetan ekonomi dan tidak mampu untuk membayar levi pekerja asing yang meningkat secara mendadak. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyediakan satu memorandum mewakili semua anggotannya bagi membantah kenaikan itu yang disifatkan sebagai keputusan mengejut daripada kerajaan dalam menaikkan jumlah levi untuk pekerja asing. “Kita turut meminta […]
SIBU, 31 Jan (Bernama) — Keputusan kerajaan untuk menyusun semula sistem kadar levi untuk pekerja asing kepada dua kategori sahaja dijangka memberi pendapatan tambahan RM2.5 bilion kepada negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar baharu itu akan berkuat kuasa mulai esok, 1 Feb. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas […]
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com