Berita
15 Ogos 2014
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Malaysia perlu membuat persiapan ke arah mencapai 50 peratus pekerja cekap dan berkemahiran tinggi menjelang 2020 untuk mengekalkan kelebihan daya saing dalam usaha untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. Beliau berkata, ironinya, pekerja berkemahiran tinggi merupakan hanya 25.5 peratus daripada […]
11 Ogos 2014
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Cuepacs hari ini meminta kerajaan mempertimbang pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2015. Presidennya Azih Muda berkata ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang dilihat semakin memberangsangkan selain bertujuan menghargai jasa penjawat awam dalam memacu perkembangan itu. “Ekonomi negara pada masa ini menunjukkan perkembangan yang […]
8 Ogos 2014
TEMERLOH, 8 Ogos (Bernama) — Pampasan serta faedah Skim Bencana Pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan dibayar kepada 27 waris warga Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, setelah dokumen lengkap diterima. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Muttalib berkata Perkeso masih belum boleh membuat sebarang keputusaan dari segi bayaran kerana […]
KUCHING, 8 Ogos (Bernama) — Seorang pemandu lori yang terjatuh dari atas lori ketika memunggah tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Lundu semalam, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, Khamis. Menurut majikannya, mangsa, Liban Anak Imban, 54, berasal dari Kampung Lambuk Subong, Lubok Antu, Sri Aman cedera di kepala […]
7 Ogos 2014
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Cuepacs meminta kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk penjawat awam serta golongan berpendapatan sederhana bagi tempoh lima tahun akan datang. Presidennya, Azih Muda berkata permintaan itu dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan dalam penyediaan Belanjawan 2015 yang dijangka dibentang di Parlimen beberapa bulan lagi. Azih berkata ia merupakan antara […]
NEW DELHI, 7 Ogos (Bernama) — India akan membawa pulang 19 rakyatnya yang memasuki Malaysia dengan visa kerja ‘palsu’, menurut laporan Press Trust of India yang memetik Menteri Hal Ehwal Luar Gen V. K. Singh. Menurut laporan media, kumpulan itu yang baru menamatkan pengajian di sebuah institut hospitaliti di Thane, Maharashtra, terkandas di Malaysia selepas […]
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) — Pasukan Khas Penguatkuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memeriksa sejumlah 89 majikan dalam ‘Ops Gaji’ yang bermula Januari dan berakhir Jun tahun ini. Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Mohd Jeffrey Joakim berkata daripada jumlah itu, 56 majikan didapati masih gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012, membabitkan 1,000 pekerja. “Pihak […]