
Gaji RM2,700 tarik warga tempatan ganti pekerja asing - MTUC
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesyorkan gaji bulanan di bandar besar ditetapkan pada kadar RM2,700 sebulan bagi menarik perhatian rakyat tempatan menceburi sektor pekerjaan yang sering didominasi warga asing. Setiausaha Agungnya, J Solomon, berkata ia bagi memastikan tidak berlaku kekurangan tenaga kerja dalam sektor berkenaan susulan pendirian kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing. […]