Berita
16 Oktober 2014
Anne Muhammad Seorang lagi pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat hari ini menjadikan sejumlah 41 orang ditamat perkhidmatan sehingga ini kerana menyertai piket pada 9 Mei lalu. Manakala 11 pekerja lagi digantung kerja minggu lalu atas alasan yang sama, kata Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM), Abdul Razak Md Hassan hari ini. Dengan […]
14 Oktober 2014
Oleh Ibrahim Isa Ledang Seramai 531 pekerja warga asing dan tempatan sebuah kilang di Taman Perindustrian Grisek, di sini, mendakwa mereka terpaksa mengikat perut berikutan pengurusan kilang tidak membayar gaji secara penuh sejak beberapa bulan lalu. Lebih malang, tiga kedai runcit dan satu kedai makan tidak lagi memberikan kredit untuk mereka mendapatkan makanan berikutan hutang […]
13 Oktober 2014
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini memohon kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Dis ini, dan bukannya pada Januari depan. Presidennya Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka. “Memandangkan musim baharu persekolahan […]
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata kajian semula penyelarasan gaji minimum adalah penting bagi memastikan nasib pekerja akan lebih terbela apabila tiba pelaksanaannya nanti. Menurut beliau, lebih 90 peratus negara di seluruh dunia sudah melaksanakan penyelarasan gaji minimum bagi pekerja-pekerja tetapi Malaysia agak terkebelakang di kalangan negara Asia dalam hal ini. […]
Lebih 500 pekerja asing kini bingung apabila kilang tempat mereka bekerja muflis dan pemiliknya didakwa memegang pasport mereka. Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Johor Mohanandas Krishnan kilang perabot di Ledang itu ditutup pada 1 Oktober tanpa sebarang notis kepada pekerja. Katanya, terdapat 300 pekerja Nepal di kilang itu, Bangladesh (100), Pakistan (50), Malaysia (50), […]
11 Oktober 2014
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bimbang tentang peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Belanjawan 2015. Menurutnya Pengarah Penyelidikan MTEM, Azlan Awang, belanjawan ini menggembirakan namun ia tidak membantu menangani masalah sebenar iaitu kadar gaji rakyat yang rendah. “Ia belanjawan yang manis namun ia tidak cukup (untuk tangani masalah asas). Ia semuanya tentang pemberian […]