Berita
19 November 2014
Oleh Nurulhuda Che Das KUALA LUMPUR (Bernama) — Kenaikan gaji tidak kurang daripada 10 peratus wajar diberi pertimbangan kerajaan dan majikan swasta sejajar dengan peningkatan produktiviti dan prestasi para pekerja di negara ini, demikian menurut kesatuan pekerja sektor awam dan swasta. Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kenaikan gaji juga […]
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memburu mereka yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara dan mereka yang menjadi agen atau melindungi golongan ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata pihak yang terbabit menggaji atau melindungi PATI secara haram harus tampil menyerah diri sebelum program […]
18 November 2014
SHAH ALAM – Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM170,000 bagi mengekalkan kontrak pekerja asing untuk syarikat lain bulan lepas. Khrishan Kumar A/L Chint Ram, 53, bekas pengarah sumber manusia syarikat Teleflex Medical Sdn Bhd, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan […]
TAWAU, 18 Nov (Bernama) — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas 116,270 sektor pekerjaan di negara ini sejak Januari hingga Jun tahun ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata berdasarkan pemeriksaan dan audit JKKP, semua sektor pekerjaan berkenaan perlu meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan […]
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak bercadang mengkaji semula perlindungan Jaringan Keselamatan Sosial berikutan tiada keperluan untuk itu buat masa ini. Ketua Pengarahnya Datuk K. Selvarajah berkata kali terakhir perlindungan tersebut dikaji semula adalah pada tahun 2011 dan kajian semula hanya dilakukan lima tahun sekali. “Jika kita bandingkan nilai caruman […]
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Kenaikan gaji pekerja adalah perlu memandangkan produktiviti pekerja-pekerja di Malaysia terus meningkat sejak tahun 1960, menurut kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah. Pengarah Urusan institut itu, Datuk Charon Mokhzani berkata, sejak lebih 50 tahun lalu paras produktiviti pekerja sentiasa melebihi paras gaji yang diberikan majikan, dan sejak itu juga peningkatan pembayaran […]
17 November 2014
Sudah 69 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat setakat ini setelah terlibat dengan piket 9 Mei lalu yang mendesak presiden syarikat itu berundur kerana didakwa kurang cemerlang. Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan kepada Malaysiakini semalam. “Pembuangan seramai 69 orang ini adalah sejarah negara kerana […]
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengulangi permintaannya supaya kerajaan secara serius menimbangkan kenaikan elaun risiko bagi anggota penguat kuasa. Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana anggota penguat kuasa menghadapi tekanan hidup berikutan pendapatan yang rendah selain kos sara hidup yang semakin meningkat. “Ada […]